Saturday, June 1, 2013
bingkisan hati.
kenapa saya buat PhD... dari kecik arwah abah dah terapkan suruh belajar kuat kuat. mungkin sbb beliau tak berpeluang. umi sentiasa suruh sbb dia tak dapat belajar sbb keluarga susah. ultimately saya pasti mereka hanya mahu yang terbaik & mahu melihat saya berjaya. jadi kenapa saya teruskan juga walau pun susah. pertama sbb umi dan arwah abah saya yang terlalu ingin melihat anaknya bergelar Dr. kedua sbb saya sendiri mahu jadi pandai. saya tak boleh lupakan dihina dan diejek dikhalayak ramai di sekolah sbb saya tidak tahu langsung berbahasa inggeris semasa darjah enam. luka tu masih berdarah dan saya tak bole lupa sampai bila bila. ketiga sbb saya juga mahu berjaya seperti sebahagian keluarga kami yang berjaya dan mahu keluarga kami dan masyarakat tidak lagi memandang rendah kepada kami sekeluarga. saya takkan kongsi cerita dipandang rendah cukup hanya itu sahaja. dari awal ianya bukan berkisar tentang wang ringgit (ia saya anggap bonus hasil titik peluh kepayahan belajar dan rezeki dari Allah swt). ianya bukan untuk berlagak dan menunjuk tetapi ianya perjuangan untuk diri keluarga dan bangsa. Insyaallah. p.s. post yang agak beremosi dikarang didalam bahasa melayu untuk dikongsi sebarang dua kata.supaya saya sendiri tidak lupa tujuan saya melalui kesusahan dan kepayahan yang saya sendiri kadang kadang tak bole tanggung lagi tetapi amat memerlukan sokongan semua. sekian. itu shj buat masa ini. terima kasih. - dari hp saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment